PUSAT Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) bagi Persatuan SME (Asme) akan bekerjasama dengan empat persatuan niaga bagi membantu lebih 2,000 peniaga kecil di kawasan Changi Simei.
Dilancarkan semalam sebagai pusat satelit ketiga, Pusat SME@Changi Simei telah mengikat perjanjian dengan empat persatuan niaga iaitu Persatuan Perindustrian Bedok Taman E, Persatuan Pengilang Perindustrian Tampines, Persatuan SME Tampines dan Persatuan Pedagang Changi Simei.