Peniaga Melayu harap skim produktiviti dan kurangi kos diteruskan

Norhaiza Hashim

PARA peniaga Melayu/Islam mengharapkan skim Kredit produktiviti dan Inovasi (PIC) dilanjutkan selama dua tahun dan bantuan diberikan bagi mengurangkan kos perniagaan bagi Belanjawan Negara tahun ini.

Mereka berkata usaha meningkatkan produktiviti dalam syarikat memakan masa lebih panjang dan berharap pemerintah akan melanjutkan skim PIC yang akan berakhir tahun ini.

Belanjawan Negara bakal dibentangkan Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, pada 21 Februari ini.

"PIC telah membantu saya dalam meningkatkan automasi dan melatih kakitangan saya. Tapi saya berharap pemerintah dapat melanjutkan lagi skim itu agar saya dapat memanfaatkannya lagi.

"Apatah lagi, para peniaga perlu bersedia sebelum Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) dilaksanakan pada 2015 dan mewujudkan pasaran bebas bagi firma-firma dari negara-negara Asean lain untuk menjalankan perniagaan di Singapura," ujar pemilik Shahidah Travel & Tours Pte Ltd, Haji Ayob Angullia.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.