BEBERAPA saranan 'radikal' dibentangkan kepada pemerintah oleh sekumpulan peniaga mapan yang diketuai Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) termasuk menggunakan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk dilaburkan dalam pasaran saham tempatan bagi meningkatkan modal syarikat serta menggunakan rizab negara bagi membantu syarikat tempatan menyejagat.
Ia juga mengusulkan pelantikan seorang menteri yang bertanggungjawab bagi ehwal perniagaan di Singapura dan menyemak sistem levi pekerja asing.