PUSAT Kewangan Marina Bay, bangunan pencakar langit Nairobi Tower di Kenya dan bangunan kreatif Aladdin City yang sedang dibangunkan di Dubai mempunyai satu persamaan - mendapat sentuhan sebuah syasrikat kejuruteraan Singapura, Meinhardt Group.
Sedang banyak syarikat masih berusaha untuk menyejagat, kumpulan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Omar Shahzad, seorang warga Singapura, sudah menembusi hampir setiap pelosok dunia.