Perlu tingkat diri untuk gaji lebih tinggi

ATIYYAH MOHD SAID

PARA pekerja Melayu yang ramai tertumpu dalam segmen perkhidmatan bernilai rendah harus terus mempertingkatkan kemahiran mereka jika mahukan kenaikan gaji lebih baik tahun ini.

Walaupun Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mendedahkan bahawa para pekerja berkesatuan dalam industri perkhidmatan mengalami kenaikan gaji tertinggi tahun lalu, tetapi mereka yang bekerja dalam sektor perkhidmatan bernilai rendah seperti pembersihan dan keselamatan, masih melihat kadar kenaikan gaji yang lembab.

Ini kerana banyak jawatan dalam industri-industri tersebut adalah jawatan kontrak dan bukan tetap, dedah Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Zainal Sapari.

Semalam, NTUC mendedahkan bahawa para pekerja dalam sektor perkhidmatan berkesatuan, menyaksikan kenaikan gaji purata 4.43 peratus pada tahun lalu manakala kenaikan gaji purata bagi semua pekerja berkesatuan adalah 4.25 peratus.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.