Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Perniagaan sektor swasta Singapura meningkat dengan kukuh pada Ogos

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perniagaan sektor swasta Singapura meningkat dengan kukuh pada Ogos

Sep 05, 2016 | 12:32 PM



KEADAAN ekonomi sektor swasta Singapura bertambah baik pada Ogos, dengan kedua-duanya, pengeluaran dan tempahan baru, meningkat lagi dan pada kadar lebih cepat daripada pada Julai, menurut Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Singapura Nikkei terbaru.



Bagaimanapun, data juga menunjukkan peningkatan itu sebahagian besarnya didorong oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik, kerana perniagaan eksport baru jatuh bagi bulan keenam berturut-turut.



Namun, permintaan keseluruhan yang lebih kukuh dan jumlah kukuh kerja yang lebih siap membuat syarikat meningkatkan paras kakitangan mereka buat kali pertama sejak Februari.



Nikkei PMI meningkat daripada 50.7 pada Julai kepada 52.3 pada Ogos, menunjukkan peningkatan bulanan keempat berturut-turut dalam keadaan operasi keseluruhan.



Bacaan melebihi 50.0 menunjukkan peningkatan keadaan perniagaan pada bulan sebelumnya, manakala bacaan di bawah 50.0 menunjukkan kemerosotan.



Kadar pengukuhan keadaan keseluruhan itu, walaupun sederhana, adalah yang terpantas, bersama Jun, sejak Januari.



Kadar pertumbuhan tempahan baru pada Ogos meningkat ke paras tertinggi dalam 17 bulan.



Mengulas mengenai data itu, Cik Annabel Fiddes, ahli ekonomi di IHS Markit, yang menyusun kajian tersebut, berkata:



"Data PMI menunjukkan sektor swasta Singapura meningkatkan pada Ogos. Pengeluaran meningkat teguh, dibantu oleh kenaikan paling kukuh dalam jumlah kerja baru bagi hampir setahun setengah. Ini diterjemahkan ke dalam beberapa berita yang dialu-alukan untuk pasaran buruh, dengan syarikat meningkatkan bilangan kakitangan mereka buat kali pertama dalam tempoh enam bulan.



"Permintaan dari luar negara kekal lemah, bagaimanapun, dengan jualan eksport merosot bagi bulan keenam berturut-turut. Oleh itu, ia kelihatan bahawa permintaan domestik lebih kukuh menyokong peningkatan terkini dalam kerja baru, kerana keadaan ekonomi global yang mencabar terus menjejas perniagaan eksport baru.



"Peningkatan kukuh dalam kerja belum siap mencadangkan bahawa syarikat sektor swasta Singapura boleh meningkatkan pengeluaran pada bulan-bulan akan datang, terutamanya dengan kegiatan pembelian bergerak kembali ke wilayah pertumbuhan."



IHS Markit meramalkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura berkembang pada kadar 1.7 peratus pada 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >