Persidangan pasaran halal antarabangsa di S'pura

ATIYYAH MOHD SAID

PARA peniaga yang ingin tahu lebih lanjut tentang industri halal boleh memanfaatkan kepakaran dan pengalaman penceramah sejagat dalam Sidang Gayahidup Halal dan Vegetarian Antarabangsa, pada 1 November nanti.

Sidang itu pertama kali dianjurkan oleh tiga syarikat setempat, MegaExpress International Pte Ltd, Safinah Halal Advisory dan United World Halal Development.

Ia akan mengemukakan sembilan penceramah dari dalam dan luar negara, yang memiliki kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai aspek serta industri halal.

Selain daripada sektor makanan dan minuman halal, para penceramah akan mengupas topik-topik menarik berkaitan sektor pelancongan halal, perbankan dan kewangan halal, perubatan dan sistem pertanian halal.

Antara penceramah yang diundang adalah Ketua Pegawai Kewangan Cita Kapital Sdn Bhd, Encik Darhim Dali Hashim; Pengerusi Persatuan Halal Nippon Asia, Encik Saeed Akhtar; Pengerusi Kelab Perniagaan Arab, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Encik Hamdan Mohamed Al Murshidi; Pengasas Persatuan Medikal Islamik, United Kingdom, Dr Abdel Majid Katme dan Ketua Pegawai Eksekutif Crescentrating Pte Ltd, Encik Fazal Bahardeen.

Lebih 300 peserta dari pelbagai negara dijangka menghadiri persidangan itu yang akan diadakan di Singapore Expo Max Atria.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.