PELABUR jutawan Peter Lim telah membeli 20 peratus saham yang tidak diumumkan nilainya dalam laman web hartanah TheEdgeProperty.com, yang bakal dilancarkan di sini bulan depan.
Ini merupakan langkah pelaburan pertama dalam sektor teknologi bagi Encik Lim, yang pelaburan lainnya termasuk Thomson Hospital, syarikat fesyen FJ Benjamin, McLaren Automotive dan kelab bola sepak Sepanyol Valencia.
Beliau menyifatkan pembelian tersebut sebagai "teknologi Internet yang unik" untuk membantu pemegang saham yang ada sekarang mengukuhkan perniagaan mereka.
Laman TheEdgeProperty.com merupakan sebahagian daripada syarikat The Edge Media Group milik Tong Kooi Ong yang menerbitkan The Edge Singapore, The Edge Malaysia, The Edge Review, The Edge Financial Daily dan theedgemarkets.com.
Laman tersebut dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 7 Mei lalu.