JIKA ingin saham yang mendatangkan pendapatan konsisten, pilihlah saham yang memberi dividen baik pada tempoh panjang.
Ini disebabkan anda dapat menikmati pendapatan dividen pasif daripada pelaburan itu setiap tahun, di samping peluang mendapat keuntungan jika harga saham itu meningkat.