Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pinjaman bank di Singapura tumbuh lebih besar pada Dis berbanding Nov

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pinjaman bank di Singapura tumbuh lebih besar pada Dis berbanding Nov

Jan 31, 2017 | 12:54 PM



PINJAMAN bank di Singapura meningkat 1.1 peratus pada Disember lepas daripada sebulan lalu, lebih tinggi daripada pertumbuhan 0.4 peratus pada November, dengan kedua-dua jenis pinjaman, perniagaan dan pengguna, bertambah.



Pinjaman melalui unit perbankan domestik - yang merangkumi pinjaman dalam semua mata wang tetapi terutamanya mencerminkan pinjaman dalam dolar Singapura - berjumlah $617.35 bilion pada Disember, meningkat daripada $610.62 bilion pada November.



Prestasi lebih kukuh itu diketuai pertumbuhan 1.1 peratus dari bulan ke bulan pinjaman perniagaan kepada $367.01 bilion, yang berkembang dalam setiap segmen kecuali pinjaman kepada individu.



Demikian menurut data awal daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin (31 Jan).



Pinjaman kepada pengilang meningkat paling banyak - 3.7 peratus kepada $26.23 bilion.



Pinjaman kepada industri bangunan dan binaan meningkat 1.6 peratus kepada $121.39 bilion.



Pinjaman juga meningkat 1 peratus kepada $80.31 bilion bagi industri kewangan, 0.9 peratus kepada $64 bilion bagi industri perdagangan am dan 2.5 peratus kepada $21 bilion untuk industri pengangkutan, penyimpanan & komunikasi.



Pinjaman pengguna meningkat 0.3 peratus dari bulan ke bulan kepada $250.34 bilion, kebanyakannya disebabkan kenaikan 0.5 peratus pinjaman perumahan dan pinjaman penyambung kepada $191.2 bilion.



Berbanding setahun lalu, pinjaman bank dalam Disember lalu naik 2.8 peratus berbanding $599.76 bilion pada Disember 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >