Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

PM Lee gesa peniaga Melayu rebut peluang niaga di Asia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

PM Lee gesa peniaga Melayu rebut peluang niaga di Asia

May 07, 2014 | 06:43 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata para peniaga Melayu/Islam telah menunjukkan kemajuan dalam perniagaan dan menggalak mereka mengaup peluang perniagaan yang terbuka luas terutama di Asia.


Namun, beliau akur cabaran-cabaran dihadapi para peniaga termasuk persaingan yang sengit dan kesukaran mendapat pekerja.


Oleh itu, PM Lee menggalak para peniaga Melayu/Islam meningkatkan produktiviti dan berusaha sama dengan syarikat-syarikat lain bagi menangani cabaran itu.


Berucap di Persidangan Perniagaan Melayu/Islam (MMBC) hari ini, PM Lee berkata para peniaga Melayu/Islam telah menunjukkan kemajuan dalam perniagaan sejajar dengan perkembangan dalam masyarakat.


"Usahawan-usahawan seperti Haji Ambo Sooloh dan Haji Kahar Abdul Ghani (Haji Kahar Palembang) mengendalikan perniagaan yang berjaya di Singapura dan memberikan sumbangan tidak ternilai kepada masyarakat kita. Hari ini, kita mempunyai syarikat-syarikat seperti Jumain Sataysfaction dan Fatimah Mohsin The Wedding Gallery.


"Dengan peluang di Asia dan pangkalan di Singapura, saya yakin lebih ramai peniaga Melayu/Islam yang berjaya di masa depan," ujar PM Lee kepada sekitar 450 peniaga yang hadir dalam sidang anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) di Hotel Orchard semalam.


Dengan perkembangan Asia, banyak peluang perniagaan yang terbuka seperti dalam perbankan Islam, pensijilan halal dan khidmat perubatan bagi pesakit Muslim.


Tambah PM Lee, peluang juga terdapat dalam perniagaan yang tidak berteraskan tema Melayu atau Islam, pasaran-pasaran sedang berkembang serta pertumbuhan penduduk kelas pertengahan dalam pasaran tersebut.


Meskipun peluang perniagaan terbuka luas, persaingan sangat sengit lebih-lebih lagi dengan perubahan teknologi yang pesat.


Masalah mendapat pekerja setempat juga merupakan satu kebimbangan yang dihadapi peniaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >