SINGAPURA kehilangan peluang meraih pendapatan cukai sekitar AS$1 bilion ($1.27 bilion) daripada institusi kewangan jika ia tidak melaksana langkah menyeluruh bagi mendorong pembangunan industri perbankan dan kewangan Islam di negara ini.
Demikian rumusan wakil kewangan Islam sejagat yang menyertai perbincangan panel dan menyampaikan ceramah dalam Sidang Khidmat Kewangan Islam Singapura (IFSC) kelmarin.