EKONOMI digital di Asean mempunyai potensi berkembang mencapai AS$200 bilion ($276 bilion) bagi sedekad mendatang, dengan e-dagang sahaja mencakupi AS$88 bilion.
Oleh sebab itu, Singapura, yang akan menjadi pengerusi Asean tahun depan, telah mengenal pasti e-dagang dan daya usaha lain berhubung ekonomi digital sebagai tumpuan utama yang berpotensi, kata Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Koh Poh Koon.