ENCIK Azman Adom merancang menubuhkan perniagaan tetapi tidak begitu jelas tentang pelbagai konsep bisnes.
Namun, selepas menyertai program intensif asas perniagaan, Business 101, anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dengan sokongan Spring Singapore, beliau lebih berpengetahuan dan dapat melakar matlamat dan rancangan perniagaannya dengan lebih baik.