JUMLAH projek kerjasama di antara syarikat kecil dan sederhana (SME) setempat dengan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) telah meningkat lima kali ganda kepada 3,000 dalam tempoh 2011 hingga 2015.
Ini berbanding 600 projek bagi 2006 hingga 2010, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik S. Iswaran.