LEBIH banyak syarikat hartanah berusaha sama bagi menambah nilai setelah pasaran hartanah yang lemah di Singapura menyukarkan perniagaan mereka.
Yang terbaru, cabang pemasaran projek PropNex, Propnex International telah mendapat suntikan daripada firma perundingcara hartanah, JLL, yang mengambil perkongsian sebanyak 20 peratus dalam syarikat itu.