PROSEDUR mendapatkan sijil halal ada kala rumit tetapi ini dapat ditangani jika syarikat komited mendapatkannya, ujar perunding cara halal.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HalalHub Consultants Pte Ltd, Ustaz Azmi Abdul Samad, proses persediaan sebelum permohonan halal dihantarkan kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) memakan masa sepantas seminggu atau selambat lima bulan, bergantung pada kerumitan kes.