Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pulangan sewa rumah privet jatuh ke paras di bawah 4 peratus

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pulangan sewa rumah privet jatuh ke paras di bawah 4 peratus

Jan 17, 2014 | 07:09 PM



PULANGAN sewa bagi rumah privet tidak berhalaman, termasuk kondominium dan apartmen, telah merosot ke bawah paras 4 peratus tahun lalu, menurut laporan Singapore Real Estate Exchange (SRX) tadi.


Dalam laporan hartanah terbaru 2013, SRX berkata purata pulangan sewa kasar bagi hartanah tidak berhalaman itu merosot daripada 4.2 peratus kepada 3.9 peratus dalam 2013.


Ini mewakili kemerosotan 7.1 peratus berbanding 2012 dan kemerosotan 31.6 peratus sejak paras tertingginya dalam 2008, dengan pulangan sewa mencapai 5.7 peratus, ujar laporan itu lagi.


"Bagi sebahagian besar pelabur yang ingin meraih pendapatan daripada perumahan hartanah, pulangan 4 peratus mungkin satu halangan psikologi bagi mereka," kata Encik Jeremy Lee, pengasas bersama SRX, dan Ketua Pegawai Teknologinya.


Beliau menarik perhatian bahawa para pelabur secara umumnya inginkan pulangan lebih daripada 4 peratus bagi mewajarkan mereka mengambil risiko melabur dalam hartanah sebagai aset pelaburan.


"Dengan paras sewa di bawah 4 peratus, para pelabur bimbang inflasi akan menghapuskan semua keuntungan yang mereka raih," ujarnya.


Empat lokasi yang menyaksikan kadar hasil sewa kasar di bawah 3 peratus adalah dalam kawasan-kawasan utama termasuk Orchard, Tanglin, Kepulauan Selatan (Sentosa Cove ), dan Newton.


Daripada 34 kawasan di Singapura, 31 mengalami kelemahan dalam pulangan sewa kasar yang meyumbang kepada sebahagian besar kepada kemerosotan itu.


"Sepanjang dua tahun lalu, kadar faedah rendah telah meningkatkan kesediaan sebahagian pemilik hartanah untuk menerima kadar sewa yang lebih rendah,"kata Encik Nicholas Mak, pengarah eksekutif ,SLP International.


Kawasan seperti Outram,Yishun, Geylang,Tampines, dan Jurong West, bagaimanapun masih mencatatkan pulangan kasar 4 peratus atau ke atas.


Outram paling menikmati pulangan sewa tinggi 4.6 peratus dalam enam bulan pertama tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >