Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Raih RM1 juta walau hanya setahun di M'sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Raih RM1 juta walau hanya setahun di M'sia

ATIYYAH MOHD SAID
May 12, 2014 | 07:45 PM



DALAM masa setahun sahaja menembusi pasaran Malaysia, penjualan syarikat milik peniaga Melayu setempat, Search Marketing Sales Sdn Bhd mampu mencecah RM$1 juta ($390,000) tahun lalu.


Ini disebabkan peluang perniagaan yang luas ekoran permintaan untuk perniagaan dalam talian yang sangat tinggi di Malaysia.


Syarikat itu yang bertapak di Singapura di bawah nama firma Search Marketing Sales sejak lima tahun lalu, menawarkan kursus dan khidmat perniagaan dalam talian seperti pengurusan akaun Facebook dan pemasaran melalui Facebook.


Pemiliknya, Encik Zulkifli Rahmat, bergabung dengan rakan niaga di Malaysia, Majulia Group, untuk menembusi Malaysia pada lewat 2012.


Namun, ekoran sambutan di luar jangkaannya, Encik Zulkifli yang dibantu isterinya, Cik Rehana Shaik Ibrahim, kini sedang menyusun semula strategi perniagaannya dan meneliti semula model perniagaan untuk meningkatkan keupayaan syarikat kerana menerima semakin banyak projek besar dengan korporat dan agensi kerajaan.


Buat masa ini, 30 peratus daripada penjualan syarikat itu disumbang oleh sektor korporat.


"Saya harus akui bahawa permintaan untuk khidmat kami di Malaysia sebenarnya adalah melebihi daripada keupayaan kami.


"Apa yang kita lihat ialah ramai di Malaysia dahagakan ilmu dan pengetahuan mengendalikan perniagaan dalam talian.


"Peniaga dalam talian di Malaysia juga sudah jauh ke depan berbanding di Singapura - mereka meneroka pelbagai aspek perniagaan dalam talian seperti e-Bay, Amazon bukan sekadar di Facebook sahaja," ujar Encik Zulkifli semasa ditemui di pejabatnya di Orion Building di Singapura baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >