SATU rangkaian keusahawanan terbesar Indonesia yang mempunyai seramai 30,000 anggota, dikenali sebagai Tangan Di Atas (TDA), telah membuka rangkaiannya di Singapura yang diketuai sekumpulan peniaga dari Singapura.
Tangan Di Atas Singapore Chapter telah dibuka bagi membuka jalinan perniagaan dan pemadanan antara syarikat Singapura dengan syarikat Indonesia.