Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ratusan hilang pekerjaan dalam sektor minyak dan gas S'pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ratusan hilang pekerjaan dalam sektor minyak dan gas S'pura

Mar 11, 2016 | 11:21 AM



RATUSAN pekerja dalam sektor minyak dan gas dikhuatiri kehilangan pekerjaan mereka selepas kontraktor dalam perusahaan tersebut di Singapura memutuskan untuk mengurangkan atau langsung menarik keluar perniagaan mereka dari negara ini.



Akhbar The Business Times dalam laporannya hari ini menyatakan, dari sejumlah 160 hingga 170 pekerjaan yang hilang selepas penutupan syarikat Dolphin Geophysical Pte Ltd, sebuah lagi syarikat utama dalam bidang penghasilan terapung, BW Offshore dan Modec serta syarikat kejuruteraan utama, Chicago Bridge & Iron (CB&I) juga memberhentikan pekerja mereka di sini.



BW Offshore dikatakan memberhentikan 100 hingga 300 pekerja yang bertugas di negara ini. Ia sejajar dengan "program pengurangan kos besar-besaran" yang diumumkan syarikat yang tersenarai di bursa Oslo itu dalam kenyataannya.



Pemberhentian pekerja kian meningkat dalam industri minyak dan gas di Singapura dengan kebanyakan perusahaan yang terjejas berusaha mengurangkan kos dengan menjalankan operasi dalam keadaan harga minyak yang amat rendah.



Konglomerat Keppel telah mengurangkan sehingga 6,000 pekerja di serata dunia.



Ia turut mengurangkan tenaga kerja subkontraktor di Singapura kepada 7,900 sementara SembMarine juga telah mengumumkan pemberhentian pekerja antara 3,000 hingga 4,000 orang semasa taklimat Tahun Kewangan 2015 (FY15).



Akhbar The Business Times juga sebelum ini telah melaporkan bahawa syarikat Technip, Subsea 7 dan McDermott sama ada dalam proses atau telah selesai memindahkan operasi mereka dari Singapura ke Kuala Lumpur.



Pejabat Technip di Singapura yang dahulu menggajikan kira-kira 100 pekerja tetapi kini hanya tinggal beberapa kakitangan sahaja untuk menguruskan soal kewangan dan sumber tenaga, kata sumber yang ditukil akhbar tersebut.



Subsea 7 dijangka selesai memindahkan syarikat ke Kuala Lumpur ke suku ketiga dan dikatakan sedang dalam proses mengurangkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada sejumlah 90 kakitangannya di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >