Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ringgit dijangka jatuh paling teruk sejak Sep dek harga minyak, isu 1MDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ringgit dijangka jatuh paling teruk sejak Sep dek harga minyak, isu 1MDB

Jul 22, 2016 | 12:20 PM



KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia sedang menuju kemerosotan mingguan terbesar dalam 10 bulan pada Jumaat (22 Julai), apabila harga minyak mentah lebih rendah dan kesan kontroversi melibatkan dana pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), melemahkan permintaan bagi aset negara itu.



Ringgit susut 0.5 peratus pada Jumaat, dan 2.8 peratus minggu ini, ke kadar 4.0608 setiap dolar Amerika pada 10.34 pagi di Kuala Lumpur, mengikut harga daripada bank-bank tempatan yang dikumpul oleh Bloomberg.



Kemerosotan sepanjang lima hari itu adalah yang terbesar sejak tempoh berakhir 25 September 2015.



Ia jatuh lebih mendadak berbanding dolar Singapura, ke kadar 3.0021 setiap Singdollar pada 11.38 pagi, iaitu merosot 0.76 peratus daripada kadar penutup 2.9794 pada Khamis.



Harga minyak menjejaskan ringgit dan perkembangan terkini mengenai 1MDB mungkin mempunyai "kesan ke atas bidang politik, yang kita tidak tahu bagaimana ia akan berkembang dan berapa seriusnya ia," kata ahli strategi tukaran asing Australia & New Zealand Banking Group di Singapura, Cik Irene Cheung. - Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >