Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Ringgit jatuh ke paras paling rendah dalam dua bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ringgit jatuh ke paras paling rendah dalam dua bulan

May 19, 2016 | 12:48 PM



KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia jatuh ke paras paling lemah dalam tempoh dua bulan pada pagi Khamis (19 Mei), selepas minit mesyuarat Rizab Federal Amerika (Fed) pada April meningkatkan spekulasi bahawa penggubal dasar Amerika akan menaikkan kadar faedah secepat bulan depan.



Teks pertemuan 26-27 April Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed membayangkan para pegawai melihat kadar faedah mungkin dinaikkan pada Jun jika ekonomi negara itu terus bertambah baik.



Ringgit merosot 0.6 peratus ke kadar 4.0725 bagi sedolar Amerika pada 9.34 pagi di Kuala Lumpur, selepas susut nilai ke kadar 4.0763 - paling lemah sejak 21 Mac - menurut harga daripada bank-bank tempatan yang dikumpul oleh Bloomberg.



Ringgit juga lemah berbanding dolar Singapura. Satu Singdollar diniagakan pada kadar 2.9533 ringgit, meningkat 0.38 peratus daripada kadar penutup 2.9421 pada Rabu. - Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >