Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ringgit jatuh ke paras paling rendah dalam dua bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ringgit jatuh ke paras paling rendah dalam dua bulan

Sep 13, 2016 | 11:21 AM



KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia jatuh ke kadar paling rendah dalam tempoh lebih dua bulan pada Selasa (13 Sep), disebabkan kejatuhan harga minyak dan kontroversi melibatkan dana pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



Ringgit jatuh 0.6 peratus ke kadar 4.0945 setiap dolar Amerika pada 9.19 pagi di Kuala Lumpur dan mencapai 4.0975, paling lemah sejak 28 Jun, mengikut harga daripada bank tempatan yang dikumpul oleh Bloomberg.



Berbanding dolar Singapura, ringgit turun 1.15 peratus ke 3.0206 setiap Singdollar pada 10 pagi, daripada kadar penutup 2.9862 pada Jumaat.



Mata wang itu lemah selepas pasaran kewangan domestik dibuka semula selepas cuti Hari Raya Haji, walaupun rakan-rakan Asia, termasuk won Korea Selatan, meningkat menyusuli komen oleh Gabenor Federal Rizab Amerika, Cik Lael Brainard, yang melemahkan spekulasi kadar faedah Amerika akan meningkat bulan ini.



Harga minyak mentah Brent susut 0.7 peratus pada Selasa, memadamkan keuntungan pada Isnin dan menambah tekanan ke atas ringgit.



Sementara itu, Malaysia menyatakan ia yakin menang dalam perbicaraan timbang tara di mana 1MDB sedang menghadapi tuntutan AS$6.5 bilion daripada dana kekayaan negara Abu Dhabi. - Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >