Ringgit naik lagi berbanding dolar Amerika, Singapura

KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia menuju kenaikan dua hari paling besarnya dalam tempoh tiga minggu pada Rabu (20 April), apabila harga minyak mentah Brent melonjak semalaman dan dolar Amerika jatuh disebabkan data perumahan lemah.

Ringgit diniaga pada kadar hanya rendah sedikit daripada kadar tertingginya dalam masa lapan bulan, sedang Brent pulih kembali melebihi AS$44 setong semalaman pada Selasa.

Ia mendahuli mata wang Asia yang untung, meningkat 0.9 peratus kepada 3.8565 setiap dolar Amerika pada 8.50 pagi di Kuala Lumpur, mengikut harga daripada bank tempatan yang dikumpul oleh Bloomberg.

Ringgit mencapai 3.8503, rendah sedikit daripada kadar tertinggi 3.8465 pada Ogos lalu, pada 13 April.

Ia juga kukuh berbanding dolar Singapura. Pada 9.28 pagi, Singdollar diniagakan pada kadar 2.8826 bagi seringgit Malaysia, turun 0.5 peratus daripada kadar penutup 2.8983 pada Selasa.

Mata wang Malaysia itu sekali lagi melebihi yen sebagai pelakon terbaik di rantau ini tahun ini, setelah meningkat 11 peratus. - Bloomberg

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.