Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

RM boleh jatuh lagi: BMI Research

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

RM boleh jatuh lagi: BMI Research

Jan 06, 2017 | 07:32 AM



KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia, antara mata wang Asia yang prestasinya paling teruk sepanjang tahun lalu, boleh jatuh lagi, menurut firma analysis pasaran BMI Research.



Salah satu sebabnya ialah ia terjejas oleh yuan, yang akan kekal di bawah tekanan menurun, kata BMI dalam satu nota pada Rabu (4 Jan), lapor Bloomberg.



Terdapat juga kemungkinan berlaku pengurangan perbezaan sebenar kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Malaysia, dengan Kuala Lumpur mengekalkan kadarnya tahun ini manakala Rizab Federal Amerika meningkatkan kadar sebanyak 50 mata asas.



Kelemahan seterusnya pasaran bon global juga akan meletak ringgit di bawah tekanan, memandangkan kira-kira 40 peratus daripada bon Malaysia dipegang oleh orang asing.



BMI telah menurunkan unjurannya bagi ringgit. Ia menjangka mata wang itu mencapai purata 4.50 bagi setiap dolar Amerika tahun ini dan 4.40 tahun depan, daripada 4 dan 3.88 sebelumnya.



Ringgit, yang turun 4.3 peratus berbanding dolar Amerika tahun lepas dan 18.5 peratus pada 2015, tidak mencatat kenaikan tahunan sejak 2012.



"Ekonomi China masih terperangkap dalam kelembapan jangka sederhana kerana kelemahan struktur seperti lebihan kapasiti dalam sektor perindustrian dan penguasaan perusahaan milik negara yang tidak cekap berlarutan," kata nota.



"Memandangkan China rakan eksport terbesar Malaysia, kami percaya bahawa ekonomi Malaysia, yang dipacu eksport, masih terdedah dan kemungkinan terjejas secara negatif."



Tetapi ringgit mungkin mendapatkan semula sebahagian kerugian itu pada jangka panjang, disokong oleh kenaikan harga komoditi seperti minyak serta kadar syarat perdagangan lebih baik, yang akan menjadi positif bagi simpanan dan pelaburan domestik, kata BMI.



Jika Fed meningkatkan kadar lebih cepat daripada yang dijangka, ia boleh membawa kepada aliran keluar lebih tinggi dari Malaysia dan meletak ringgit di bawah tekanan lebih besar.



Bakal presiden Donald Trump juga menimbulkan kemungkinan kelembapan dalam perdagangan global, dengan sektor eksport Malaysia boleh terjejas jika langkah-langkah perlindungan tambahan dikenakan, kata BMI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >