Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

RM jatuh terlalu banyak, mungkin naik semula: Nazir Razak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

RM jatuh terlalu banyak, mungkin naik semula: Nazir Razak

Dec 09, 2016 | 10:54 AM



KUALA LUMPUR: Kemerosotan ringgit Malaysia baru-baru adalah berlebihan dan mata wang itu mungkin kembali ke satu nilai lebih asas apabila kebimbangan mengenai peraturan pentadbiran pertukaran asing bank pusatnya reda, menurut bank kedua terbesar Malaysia.



Ringgit jatuh lebih 5 peratus dalam tempoh sebulan lalu, menjadi mata wang yang prestasinya paling teruk dalam kalangan negara baru muncul Asia.



Ini selepas tindakan Bank Negara Malaysia berkaitan perdagangan hadapan pasaran luar pesisir mata wang itu pada November lalu membawa kepada aliran keluar.



Dana global mengurangkan pegangan bon kerajaan Malaysia sebanyak 8.8 peratus kepada RM196.1 bilion pada November daripada bulan sebelumnya.



Ia kemerosotan terbesar sejak Julai 2013.



"Kita perlu melihat sebab-sebab asas mengapa ringgit mungkin telah terbabas," kata Pengerusi CIMB Nazir Razak dalam satu temu bual di Sidang Puncak Perniagaan Asean Bloomberg di Hanoi.



"Mungkin ringgit akan kembali ke penilaian lebih asas sebaik sahaja keadaan tenang."



Beliau menganggarkan nilai saksama ringgit ialah 4.10 hingga 4.20 bagi setiap dolar Amerika, lapor Bloomberg.



Mata wang Malaysia itu ditutup 0.2 peratus lebih tinggi pada 4.4222 pada Khamis (8 Dis).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >