Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Roti 'herba Melayu' di Beta Bakerie

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Roti 'herba Melayu' di Beta Bakerie

Dec 02, 2014 | 04:38 PM



NAMA-NAMANYA cukup menarik hati dari si kunyit jati, sayang selasih, si hitam manis hinggalah cik kesum.


Itulah nama-nama diberi bagi roti-roti yang dijual di sebuah kedai roti artisan Melayu pertama di Singapura, Beta Bakerie.


Dari daun pegaga, daun kesum dan kunyit, herba-herba tradisional Melayu dicampur untuk dijadikan roti yang dijual di kedai itu yang merupakan hasil ilham Restoran Mamanda dan seorang cef setempat, Encik William Woo.


Roti-roti itu telah mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan pertama kali di Restoran Mamanda Rabu lalu.


"Sebagai sebuah restoran fine-dining, kami ingin memperkenalkan sesuatu yang baru di restoran kami. Kita banyak terdedah dengan roti-roti artisan dari Eropah tetapi kita belum pernah menemui roti artisan Melayu yang menggunakan herba-herba seperti daun pegaga, daun kesum, kunyit, kayu manis dan bunga kantan.


"Kita melihat peluang untuk menggunakan bahan-bahan herba ini dalam roti untuk memperkenalkan sesuatu yang baru dan menaikkan taraf makanan Melayu,'' kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Restoran Mamanda, Cik Masmunah Abdullah, yang ditemuramah baru-baru ini.


Roti 'artisan' dirujuk kepada roti dihasilkan menggunakan tangan oleh seorang yang mahir dalam bidang pembikinan roti.


Dengan pelaburan sebanyak $250,000, roti-roti itu dibuat setiap hari di dapur restoran itu, yang terletak di 73, Sultan Gate.


Beta Bakerie mempunyai lima kakitangan ketika ini yang bertangggungjawab untuk menghasilkan rori-roti segar setiap hari.


Dari 11.30 pagi, pelanggan boleh menikmati roti-roti segar, seperti roti perancis, roti doh masam (sour dough) dan roti manis, di restoran itu atau membelinya untuk dibawa pulang. Roti-roti akan dijual sehingga habis.


Laporan lanjut dalam Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >