Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Sabah, Sarawak tawar peluang luas untuk SME Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sabah, Sarawak tawar peluang luas untuk SME Singapura

ATIYYAH MOHD SAID
Apr 09, 2014 | 06:24 PM



SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) Singapura digalak meneroka peluang perniagaan di Sabah dan Sarawak sedang sektor-sektor pelayanan, pelancongan, barangan pengguna dan prasarana di situ pesat berkembang.


Bercakap kepada pihak media menyusuli seminar tentang pasaran perniagaan baru di Malaysia anjuran International Enterprise (IE) Singapore hari ini, Pengarah Penguasa Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Encik K. Sukomaran, berkata secara umumnya Sabah dan Sarawak bukanlah pilihan semula jadi untuk firma Singapura yang ingin menembusi Malaysia.


"Apa yang kami maklum, jumlah syarikat yang menembusi kedua-dua pasaran itu dianggarkan kurang daripada 50 sahaja.


"Majoriti adalah firma lebih besar dan cenderung dalam bidang-bidang bermodal pelaburan lebih tinggi seperti pengilangan, minyak dan gas," jelasnya.


Namun, Encik Sukomaran menarik perhatian, potensi dalam sektor tertentu amat besar khususnya untuk SME, seperti industri pelancongan dan yang berdasarkan sumber seperti makanan dan perabot.


Pengarah Pusat Kuala Lumpur Kumpulan Asia Tenggara IE Singapore, Cik Adeline Quek pula mengambil contoh kedatangan pelancong ke Sabah yang telah meningkat 17.6 peratus kepada 3.4 juta tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya.


Beliau menyifatkan ia satu isyarat besar bahawa industri pelancongan dan yang berkaitan seperti barangan pengguna dan runcit berpotensi besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >