Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Saham Asia, paun British terus jatuh dek Brexit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Saham Asia, paun British terus jatuh dek Brexit

Jun 27, 2016 | 11:40 AM



TOKYO: Saham Asia jatuh dan paun British turun lebih 2 peratus pada dagangan awal Isnin (27 Jun), sedang pasaran bergelut untuk melepaskan ketidakpastian mendalam yang dicetuskan oleh keputusan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).



Indeks Strait Times Singapura jatuh 0.5 peratus pada pembukaannya, selepas turun 2.09 peratus Jumaat lalu, hari keputusan pungutan suara Britain keluar daripada EU (Brexit) diketahui.



STI diniagakan 0.46 peratus lebih rendah pada 2,722.79 pada 9.56 pagi Isnin.



Indeks luas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun jatuh 1.2 peratus dalam dagangan tidak menentu sedang syarikat yang mempunyai pendedahan British khususnya mengalami lebih banyak tekanan.



Nikkei Jepun, bagaimanapun, meningkat 1.8 peratus, iaitu pemulihan separa selepas jatuh besar 7.9 peratus pada Jumaat.



Mata wang paun British merosot 2.3 peratus ke kadar AS$1.3388, lebih rendah daripada AS$1,3228 - kadar paling rendah dalam 31 tahun - Jumaat lalu.



Berbanding dolar Singapura, paun turun 2 peratus ke kadar 1.8199 daripada kadar penutup 1.8567 minggu lepas, tetapi tinggi sedikit daripada kadar 1.8020 pada Jumaat.



Kesan paling teruk daripada kegawatan yang dilihat pada Jumaat, apabila pasaran saham global mengalami penurunan terbesar dalam tempoh hampir lima tahun, telah berkurangan, tetapi sentimen kekal lemah dengan dagangan turun naik.



Mata wang Euro juga mengalami tekanan lagi, jatuh hampir 1 peratus berbanding dolar AS setelah pelabur risau Brexit boleh menyemarakkan perasaan antipemerintah di Eropah dan mencetuskan desas-desus mengenai perpecahan EU.



Ia merosot ke kadar ASS$1.1008, menghampiri kadar AS$1.0912 Jumaat lalu, yang merupakan paling rendah dalam tiga setengah bulan.



Emas naik 1 peratus kepada AS$1,334.50 seauns. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >