Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Saham Asia susut ekoran saranan kenaikan kadar faedah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Saham Asia susut ekoran saranan kenaikan kadar faedah

May 30, 2016 | 10:06 AM



TOKYO (Jepun): CADANGAN Ketua Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Janet Yellen, mahu menaikkan kadar faedah yang kemungkinan dibuat tidak lama lagi, telah menyebabkan saham Asia susut hari ini, dengan mata wang dolar Amerika Syarikat ditanda pada paras tinggi baharu.



Bank Pusat Amerika perlu menaikkan kadar faedah "dalam beberapa bulan akan datang" jika pertumbuhan ekonomi bertambah baik dan pasaran buruh berkembang, kata Yellen pada Jumaat lalu.



Indeks luas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.25 peratus berikutan pasaran dipengaruhi unjuran Fed. Indeks saham Nikkei Jepun menambah 0.5 peratus, berikutan yen yang lemah dan jangkaan ia akan meningkat kerana kerajaan akan menangguhkan kenaikan cukai jualan yang dijadualkan pada April tahun depan.



Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, dalam pada itu merancang untuk menangguhkan kenaikan cukai berkenaan dalam tempoh dua setengah tahun, sehingga Oktober 2019, menurut seorang pegawai kerajaan semalam.



Jumaat lalu, Wall Street mencatatkan keuntungan harian dan mingguan berikutan pelabur mengambil kesempatan cuti hujung minggu tiga hari di AS, sempena cuti Hari Peringatan pada Isnin. - Reuters, BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >