SAHAM Keppel Corp menjunam lebih daripada 12 peratus pada loceng pembukaan semalam setelah syarikat pelaburan Singapura Temasek mengundur diri daripada tawaran bersyarat $4.1 bilion untuk membeli kawalan Keppel Corp.
Ini berlaku setelah Keppel mencatatkan kerugian bersih suku kedua sebanyak $697.6 juta, melanggar prasyarat bagi tawaran Temasek.