Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Saham SPH, Keppel T&T naik dek kemungkinan firma jual kepentingan dalam M1

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Saham SPH, Keppel T&T naik dek kemungkinan firma jual kepentingan dalam M1

Mar 20, 2017 | 12:50 PM



SAHAM Singapore Press Holdings (SPH) dan Keppel Telecommunications & Transportation (Keppel T&T) meningkat pada Isnin (20 Mac) berikutan berita bahawa dua pemegang saham utama M1 itu berpotensi menjual saham mereka dalam syarikat telekomunikasi tersebut.



Pada 11.12 pagi, saham SPH naik 1.13 peratus kepada $3.57, manakala Keppel T&T meningkat 2.93 peratus kepada $1.755.



Saham M1 juga meningkat, diperdagang 0.91 peratus lebih tinggi pada $2.21.



Tiga pemegang saham terbesar M1 - syarikat telekomunikasi Malaysia Axiata Group Bhd, Keppel T&T dan SPH - mengesahkan pada Jumaat bahawa mereka dalam proses menjalankan kajian strategik pegangan saham masing-masing, yang boleh atau tidak boleh membawa kepada transaksi.



Tiga syarikat itu masing-masing mempunyai 29 peratus, 19 peratus dan 13 peratus kepentingan dalam M1, membentuk 61 peratus pegangan.



DBS berkata dalam satu nota penyelidikan Isnin lepas mungkin Axiata menimbangkan membeli saham dua rakannya itu bagi mendapatkan kawalan penuh M1 atau ketiga-tiga pemegang saham itu menimbangkan menjual saham mereka sebagai satu blok, "walaupun mengenal pasti pembeli di tengah-tengah dinamik pasaran telekom yang kompetitif di Singapura mungkin sukar".



Ia menambah bahawa penjualan saham Keppel T & T dalam M1 juga akan membawa kepada jangkaan baru tentang penswastaan oleh syarikat induknya, Keppel Corp.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >