SEOUL: Samsung Electronics berkata pihaknya telah membayar pampasan kepada pembekal komponennya selepas syarikat itu menghentikan pengeluaran Galaxy Note7 dan menimbangkan memberi mereka tempahan bagi model-model lain bagi mengurangkan tamparan akibat keputusan itu.
Pembuat telefon pintar yang terbesar di dunia itu berkata pihaknya akan membayar sepenuhnya komponen bagi Note7 yang tidak digunakan itu dan membayar komponen yang dibeli bagi membuat bahagian telefon tersebut.