Seagate lancar pusat R&D bernilai $100 juta

SEBUAH pusat rekaan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) menelan belanja $100 juta telah dilancarkan firma penghasilan huraian simpanan Seagate Teknology di sini bagi memainkan peranan dalam memenuhi permintaan global.

Kemudahan baru di Ayer Rajah Crescent itu, yang dinamakan The Shugart, sempena pengasas Seagate, Encik Alan Shugart, akan menempatkan lebih 900 pekerja.

Pusat itu akan menumpukan kepada usaha R&D khususnya dalam pemacu cakera keras 2.5 inci berbentuk kecil, cakera hibrid, sofwe dan teknologi yang biasa digunakan dalam komputer peribadi bimbit terkini yang ringan, alat simpanan data dan perakam video digital.

Dalam ucapannya melancarkan pusat itu, Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Encik Lim Hng Kiang, berkata usaha peluasan R&D dan keupayaan oleh syarikat seperti Seagate menekankan lagi daya saing dan kekuatan Singapura yang berterusan dalam industri elektronik.

Menurutnya, Singapura terus memainkan peranan penting dalam industri penyimpanan data, dengan hampir 50 peratus daripada keupayaan pengilangan dunia bagi media cakera keras berada di sini.

The Shugart, yang dibina pada Julai 2013, mempunyai keluasan lantai kasar lebih 40,000 meter persegi.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.