SAMBUTAN positif diterima apabila sekitar 13 pengendali perniagaan menimbangkan untuk menyewa bangunan bersejarah Gedung Kuning yang terletak di 73 Sultan Gate di Kampung Glam.
Wakil-wakil syarikat seperti kumpulan tajaka Busy Bees Asia, kafe The Malayan Council, Boon Lay Power Nasi Lemak, Restoran Islamic, SSA Consulting Group, Fyigroup Vantage, Nan Guan Construction, Sky Asia Engineering, Integration Management Services dan RB Hospitality mengambil dokumen tender dan hadir dalam sesi taklimat tender dijalankan oleh pemilik bangunan, Yayasan Warisan Melayu (MHF).