SEKTOR kewangan, yang digesa pemerintah supaya membangunkan tenaga kerja dari Singapura, telah giat memanfaatkan laman pemadanan pekerja, Jobs Bank, untuk mendapatkan bakat setempat.
Beberapa bank di negara ini sudah menawarkan jumlah jawatan kosong yang banyak, beberapa minggu selepas portal pengambilan pekerjaan itu dilancarkan Agensi Pembangunan Tenaga Kerja sebagai komponen utama dalam Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF).