ADALAH penting Singapura memanfaatkan teknologi dan inovasi bagi membezakannya sebagai sebuah hab maritim utama di dunia, kata Menteri Negara Kanan Kementerian Kewangan merangkap Pengangkutan, Cik Josephine Teo, di majlis pelancaran acara Smart Port Hackathon malam tadi.
Menurut Cik Teo, bagi mengekalkan daya saing, Singapura terus melabur dalan prasarana dan pembangunan tenaga kerja.