SELANGOR sudah memulakan satu kempen aktif untuk menarik peniaga Singapura setelah merasakan "satu krisis" memandangkan semakin ramai pelabur republik ini kini memberi tumpuan pada Iskandar Malaysia di Johor.
Negeri itu mahu memikat peniaga Singapura khususnya dalam lima bidang pertumbuhan utama - makanan dan minuman (F&B); peralatan pengangkutan; sains hayat, seperti farmaseutikal; elektrikal dan elektronik; serta pengilangan peralatan dan mesin.