Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Sentimen SME positif hingga Jun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sentimen SME positif hingga Jun

Jan 13, 2014 | 03:57 PM



SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) menunjukkan sentimen perniagaan positif hingga Jun ini, paling tinggi sejak tiga tahun lalu.


Namun, jangkaan untuk menggajikan lebih ramai pekerja merosot bagi suku ini walaupun perniagaan diramal lebih rancak, menurut satu tinjauan DP Information Group dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).


Indeks SME DP-SBF, yang mengukur sentimen SME bagi enam bulan mendatang, meningkat 0.5 peratus mencapai 55 mata, paras paling tinggi sejak suku ketiga 2011.


Perangkaan melebihi 50 peratus menunjukkan SME mempunyai prospek perniagaan tinggi dari sekarang hingga Jun ini.


Jangkaan menggajikan pekerja susut dari 5.69 mata pada suku terakhir tahun lalu mencapai 5.55 mata pada suku pertama tahun ini.


Sebanyak 3,000 SME dari lima industri mengambil bahagian dalam tinjauan itu meliputi sektor khidmat perniagaan, daganganm binaan/kejuruteraan, perkilangan dan pengangkutan/penyimpanan.


Sektor binaan/kejuruteraan merupakan satu-satunya industri yang mempunyai jangkaan sederhana setelah indeks sentimen itu susut dari 57.4 mata kepada 55.3 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini.


Ia menunjukkan jangkaan perniagaan lebih lemah disebabkan kegiatan binaan sektor swasta yang lebih rendah tahun ini berbanding 2014.


Sektor dagangan paling optimis bagi enam bulan pertama tahun ini disebabkan dagangan serantau yang dijangka meningkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >