BURSA Singapura (SGX) dan ETPL, cabang komersial Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bagi membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) memanfaatkan teknologi inovatif dan menggunakan modal secara lebih berkesan.
Melalui usaha sama itu, diharap pertumbuhan perniagaan dipertingkat, di samping memberi nilai lebih tinggi bagi ekonomi Singapura.