BURSA Singapura (SGX) semalam menasihati pelabur supaya berhati-hati apabila berdagang dalam saham hartanah United Overseas Land (UOL).
Amaran 'berdagang dengan berhati-hati' itu dikeluarkan selepas UOL menyatakan ia tidak mengetahui sebab harga sahamnya naik 6.4 peratus pada 11 Februari lalu. Semalam, harga saham UOL susut 3.8 peratus kepada $7.60.