Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Shahidah Travel labur dalam digital demi tingkat produktiviti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Shahidah Travel labur dalam digital demi tingkat produktiviti

NORHAIZA HASHIM
Feb 26, 2014 | 07:45 PM



DALAM usaha meningkatkan produktiviti, syarikat agensi pelancongan, Shahidah Travel & Tours, telah melabur dalam satu teknologi baru membolehkan para pelanggan menempah dan membayar pakej pelancongan dalam talian (online) tidak kira di mana mereka berada.


Menelan kos $80,000, syarikat itu berjaya mendapatkan geran 60 peratus daripada Spring Singapore dan 20 peratus daripada Skim Produktiviti dan Inovasi (PIC).


Dilancarkan esok, sofwe ibooking itu memanfaatkan rangkaian komunikasi komputer, cloud computing, yang pesat digunakan syarikat-syarikat sejagat.


"Pelanggan kami tidak lagi perlu datang ke pejabat Shahidah untuk membuat tempahan dan bayaran. Mereka boleh duduk dalam keselesaan rumah mereka, di MRT atau di mana jua mereka berada untuk menempah pakej pelancongan yang mereka inginkan dan membuat bayaran menggunakan Paypal dan khidmat pemindahan bank.


"Dengan cara itu, kami akan dapat meningkatkan produktiviti syarikat apabila kakitangan dapat menumpukan perhatian untuk menyediakan khidmat bermutu atau menjalankan tugas-tugas lain di bawah anak-anak syarikat Shahidah Travel seperti perniagaan takaful dan tadika. Kos kertas akan juga dapat dijimatkan,'' kata Pengarah Urusan Shahidah, Encik Ayoob Angullia, yang mempunyai 11 kakitangan.


Ikutilah laporan penuh di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >