SIA akan semak operasi niaga demi kekal berdaya tahan

SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan melakukan apa yang terdaya untuk memastikan perniagaanya kekal berdaya tahan bagi tempoh jangka panjang.

Menyatakan demikian, ketua eksekutif SIA Goh Choon Phong berkata: "Kami akan mengambil langkah berani untuk menangani kededua isu pendapatan dan kos," kata beliau kepada para wartawan dan penganalisis pagi tadi.

Beliau menekankan semua perkara akan diteliti sambil menambah walaupun pekerjaan tidak akan dipotong, beberapa jawatan mungkin tidak lagi diperlukan sedang beberapa tugas direka semula.

Encik Goh berkata demikian sehari selepas SIA melaporkan kerugian sebanyak $138 juta dalam suku keempatnya dari Januari hingga Mac 2017.

Ini merupakan kerugian suku yang pertama bagi SIA sejak tempoh lima tahun lalu.

"Sudah tentu akan ada perubahan dalam cara kita melakukan tugas dan kakitangan diperlukan meningkatkan kemahiran baru," kata beliau. - ST.

Waktu Solat

Subuh
5:44
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,315.290 +22.160