SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines Ltd (SIA) Ltd telah menawarkan $453 juta bagi membeli kesemua saham syarikat penerbangan bajet Tiger Airways yang tidak dimilikinya.
SIA, yang ketika ini memiliki 55.8 peratus perkongsian dalam Tiger, ingin menswastakan dan menarik balik penyenaraian saham Tiger daripada Bursa Singapura (SGX).