MENTERI Perdagangan dan Perusahaan, Encik Lim Hng Kiang, semalam merasmikan sidang Puncak Singapura 2015 atau Singapore Summit.
Pelbagai isu dan cabaran ekonomi akan dibincangkan pemimpin dunia dan korporat - daripada isu dan cabaran yang dihadapi ekonomi sejagat sehinggalah kepada kesan penurunan harga minyak, serta keperluan bagi model perniagaan baru dalam landskap perniagaan Global-Asia.