Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Singapura kian hilang daya saing eksport: Credit Suisse

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Singapura kian hilang daya saing eksport: Credit Suisse

Aug 29, 2016 | 10:05 AM



SINGAPURA kian kehilangan daya saing eksport di rantau ini, disebabkan kenaikan kos, menurut pakar ekonomi Credit Suisse.



Penyelidikan mereka juga mendapati ekonomi kecil negara ini yang bergantung pada perdagangan sedang kehilangan bahagian pasaran dalam perdagangan barangan global, yang bermakna pertumbuhan eksport mungkin kekal lemah pada tahun-tahun akan datang.



Vietnam, Filipina dan China memenangi perlumbaan eksport di Asia, menurut laporan oleh ketua ekonomi dan strategi Asia Tenggara dan India Credit Suisse, Encik Santitarn Sathirathai; ahli ekonomi Michael Wan, dan Encik Ray Farris, ketuanya bagi strategi makro Asia.



Tiga pengeksport utama itu mendapat lebih banyak bahagian pasaran, hasil peningkatan daya saing dan campuran produk yang betul.



Sementara itu, prestasi perdagangan global Indonesia, Taiwan dan Singapura berkurangan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, disebabkan daya saing eksport mereka semakin berkurangan.



Ekonomi di "tengah" termasuk India, Thailand, Malaysia dan Korea Selatan.



Di Singapura, "gaji terus meningkat walaupun pertumbuhan produktiviti rendah, membuat keuntungan korporat jatuh dan kos unit buruh naik, didorong sebahagiannya oleh sekatan buruh asing yang dilaksana sejak 2010," kata laporan itu.



Akibatnya, pertumbuhan pelaburan menjadi perlahan dan pelbagai kajian menyatakan perniagaan di Singapura berhasrat melabur kurang.



"Semua ini memberi petanda kelemahan prospek eksport barangan pada masa depan," tambah laporan itu.



Terdapat juga tanda-tanda awal bahawa kelemahan dalam eksport telah merebak melewati sektor barangan ke dalam perkhidmatan.



Menurut laporan itu, Singapura menonjol kerana daya saingnya yang semakin merosot datang bersama pertumbuhan ekonomi lemah, inflasi negatif dan pergantungan melampau pada eksport.



Campuran ini mungkin mendorong Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar kewangan semasa mesyuaratnya yang akan datang pada Oktober, kata penulis laporan itu.



Di Vietnam, pertumbuhan eksport tahun ke tahunnya mengatasi pertumbuhan perdagangan global sebanyak 12 hingga 14 peratus secara purata sejak 2000.



Secara berasingan, laporan yang dikeluarkan Jumaat lalu (26 Ogos) oleh ANZ Research menyatakan eksport seluruh Asia - kecuali Vietnam - telah mengecut selama dua tahun di tengah-tengah permintaan lemah. Tetapi dengan pemerintah di rantau ini mengepam wang bagi merangsang ekonomi mereka, perdagangan di Asia menjadi semakin dipacu import.



Sedang permintaan dalam negeri pulih, pertumbuhan import harus mula naik tahun depan walaupun eksport mungkin masih kurang memberangsangkan, kata laporan itu.



Namun, itu mungkin tidak berlaku di Singapura, yang sekali lagi ditonjolkan sebagai ketinggalan. Permintaan dalam negeri dijangka kekal lemah disebabkan keyakinan pengguna lemah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >