SINGAPORE Post Limited (SingPost) telah memeterai perjanjian pengurusan hartanah dengan CapitaLand Mall Asia bagi mengurus sebuah pusat beli-belah baru di SingPost Centre.
Ia kontrak pengurusan pusat beli-belah ketiga ditandatangani CapitaLand dalam enam bulan, selepas mendapatkan dua kontrak pertama di China, kata syarikat itu semalam.