SYARIKAT telekomunikasi Singtel telah merebut semula statusnya sebagai firma paling telus dan ditadbir urus dengan paling baik di negara, menurut Indeks Pentadbiran dan Ketelusan (GTI) 2015.
Singtel naik satu tangga ke tempat pertama daripada tahun lalu dalam indeks yang diterbitkan secara tahunan oleh CPA Australia dan Pusat Tadbir Urus, Institusi dan Pertubuhan (CGIO) Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).