Singtel tawar pelan Facebook untuk telefon bimbit prabayar

SINGTEL akan menawarkan pelan Facebook telefon bimbit pra bayar pertama di Singapura, kata syarikat telekomunikasi itu semalam.

Pelan Facebook ditawarkan pada harga 50 sen sehari, $3 selama tujuh hari dan $6 untuk 30 hari.

"Kebanyakan pelanggan kami adalah pengguna Facebook yang sering mengakses laman web ini melalui telefon bijak dan tablet mereka.

"Pelan yang kami lancarkan hari ini akan membolehkan pelanggan prabayar kami untuk mendapatkan Facebook secara tetap tanpa perlu bimbang akan menanggung bayaran tambahan," ujar Encik Johan Buse, Naib Presiden SingTel bagi pemasaran pengguna.

Pelan ini boleh digunakan bagi telefon bijak iOS, Android, Windows dan Blackberry dan tablet, serta alat-alat yang menyokong aplikasi Facebook berasaskan Java.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.